Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, October 7, 2009

wAh..bAGAimaNa iNI?~

Sedang penantian kelas bermula, ada otak dan hati yang berfikir..
wah..hari-hari exam semakin hampir
wah..ada byk assignment yg perlu disudahkan, namun masih sempat menulis blog

wah..result 2nd test tak berapa nak ok berbanding test1, sebab saya mudah puas hati

wah..final year project saya agak tough!! perlu berjumpa supervisor~~


Tiba-tiba,ASTAGHFIRULLAH..
Saya nampak kemungkaran. Saya kabut jadinya. Siapa sangka, jari-jemari dua insan yang bukan muhrim itu bersentuh-sentuhan. Ya Allah, ampunkan aku sebab tak mampu nak kata apa. Lantas kaki melangkah terus dan pergi dari situ sehinggalah lecturer datang.
Betapa lemah imanku, kemungkaran itu tak dapat ku hadapi. Pernah mendengar dari mulutnya bahawa dirinya ingin menjadi lebih baik. Katanya lagi, dahulu dirinya seorang yang baik. Entah apa yang ditafsirkan baik, saya tak tahu. Tidak seperti sekarang kerana ada tiupan angin yang meniup dirinya ke kancah itu. Namun sejak kebelakangan ini, setelah menemui seorang insan yang baik, dirinya kembali terbuka untuk berubah.

Wah, bagaimana harus saya katakan ini?.
Mungkin masih diperingkat awal untuk saya menghakimi. Entah, terbayang-bayang adengan itu di benak fikiran. Jadi harus bagaimana?

No comments: