Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Saturday, October 31, 2009

KaiL itU



Pernah tak dengar orang kata,
atau saya sendiri yang kata :

kalau pancing panjang sejengkal,
jgn le lautan dlm hendak diredah.

atau
ukur baju badan sendiri
atau
cermin diri sendiri
tapi bukan masuk bakul angkat sendiri.

Itulah,
orang-orang sudah berpesan tapi saya ini degil orangnya.

Perasan hebat
atau konon2 nye nak mencuba sesuatu yang baru.
Alah, jiwa akhir remaja yg memberontak lah tu.


Sekarang ni, siapa yang seksa jiwa minda?
siapa yang bersengkang mata menggodek-godek mencari yang dicari?

siapa yang rasa seolah-olah pecah kepala?
Apa boleh saya buat?

Sudah menjadi pilihan,
Buluh itu sudah saya potong (potong..potong..tukar kpd w1max)

Pasu itu sudah pecah,

Kertas itu sudah dikoyak,

Andai cantum pun,
Tidak menjadi yang sama.

Jadi,

Yang sudah pecah,

Yang sudah terkoyak,

Guna sahaja lah..

Redha dengan ketentuan,
Dicampuri dengan keikhlasan,

Bersalutkan kekuatan dan semangat,

dan digoreng dengan kesungguhan,
Pasti Boleh :)



No comments: