Andai pelayaran yang anda lalui itu adalah pelayaran yang pertama, tentu saja anda teruja dan terpesona dengan suasana pelayaran itu. Namun, langit tak selalunya cerah. Tatkala kilat berdentum, petir sabung menyambung dan angin bertiup kencang seolah-olah anda dikelilingi tornado dengan putaran yang hebat, anda jangan mengalah. Jangan kerana asakan dan ujian getir itu, anda mengalah kerana itulah pelayaran yang perlu anda tempuhi. Agar pada masa akan datang, anda tak menjadi kabut dan terumbang-ambing oleh ombak yang mengganas, tak tahu apa yg perlu dilakukan.
Dalam pelayaran menuju ke mana-mana destinasi, perlu diingatkan di sini, bahawa anda perlulah segera sampai ke destinasi pilihan itu. Walaupun ada yang kata biar lambat asal selamat. Ya, itu perlu tapi jangan anda terlalu lambat sehingga anda ketinggalan dicantasi oleh ahli-ahli pelayaran yang lain.
Waktu itu umpama pedang, andai tidak dijaga ia akan memotong kita.
Jangan sampai nanti anda kecewa dan hampa kerana tempat tujuan yg anda ingin tuju itu, sudah dihuni oleh ahli pelayaran yang lain, yang tentunya lebih laju kayuhan pelayarannya daripada anda. Pada ketika itu, tak ada apa yg anda boleh lakukan. Melainkan anda berusaha mengeluarkan pelayar itu dari tempat yg anda betul2 nak tu.
Namun, apabila sume usahe telah dilakukan tapi tempat itu tetap dapat dihuni oleh pelayar lain, anda perlu muhasabah diri semula. Mungkin ada yang kurang dan ahli pelayaran itu ada kelebihannya. Kita manusia yang idop kat muka bumi ni, bukanlah sempurna sangat. Andai dalam pelayaran itu, anda sesat jalan atau ada saja soalan yang bermain dlm fikiran, tanyakan saja kepada siapa2 yang anda jumpa dalam pelayaran itu. Manalah tahu, anda berjumpa dengan mereka yg mahir dalam ilmu pelayaran ini, boleh minta pendapat dan tunjuk ajar dari mereka..
Manelah tahu..
Ye la..keRJa TuHAn tak SiaPa yG taHu
2 comments:
mmm... kerja tuhan sapa yang tahu ye tak? mungkin kena tunggu teduh dulu. kita merancang. tuhan merancang. tapi perancangan tuhan itu lagi sempurna. kalau sudah ditetapkan tuhan, takkan ke mana. kalau bukan di dunia mungkin di akhirat kelak. insyaallah. mengapa kita mesti mengejar cinta manusia sedangkan cinta tuhan itu tidak pernah terjaga. andai cinta itu berlandaskan cinta kepada Pencipta, nescaya cinta kepada manusia itu akan bertambah manisnya. mm.. aku tak risau perlayaran tak menuju ke destinasi. aku risau, andai ribut datang melanda, kapal pecah di hempas gelora, layar patah tidak boleh diguna. mampukah aku untuk berenang mencari daratan dan memulakannya semula.
insyaAllah..bley berenang balek ke daratan sebab kne ingat bhw:
takkan diuji seseorang hamba itu melainkan dgn kemampuannya~
Post a Comment