Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Sunday, March 22, 2009

jiWe kaCau meRIsau

Apa yg anda akan lakukan jika orang yg anda sayang ditimpa kemalangan? Pasti saja anda risau x tentu hala jiwa kacau merisau. Tak pe kalau anda tidak kisah dgn darah atau luka, tentu saja anda boleh membantu..

Hah..tapi saya rasa tidak selesa apabila darah keluar mengalir dari luka yg amat pedih dan menusuk. Aduh sakit ngilunya sampai terasa di punggung lalu seluruh anggota badan merasa. Entah, tapi itu yg terjadi. Pabila sudah sayang, sampai mlm termimpi2 walaupun saya tidak cintun atau cinta kerana saya sendiri tidak tahu ape itu cinte..

Ah, pedulikan saja kata2 di hati dan fikiran yg menyuruh2 anda menyinta sepenuh raga. Dalam hidup ni, seperti post yg sebelum ini, ada mengatakan saya ini hanya mencari life partner ..ect... Ya ada betulnya. Saya senang mengenali dahulu orang yg ingin saya berikan sebarang rasa cinte atau sebagainya.
Dalam doa saya, selalu sahaja meminta seorang suami yg soleh dan menjadi sahabat saya di dunia dan akhirat. Itu yg saya minta , semoga dimakbulkan.

Dalam kesibukan PENITI V yg akan berakhir malam ni, saya sengaja menulis apa yg saya rasa ini kerana saya tak boleh nak pendam apa2 rasa lagi. Saya takut nanti saya akan jadi gila. Terutama ketika rasa amarah dan tekanan membebankan minda dan jantung. Andai ada sebarang rasa, sangatlah molek andai saya menyatakannya. Ingin dikatakan kepada dia yg saya sayang, hm..rasanya tidak perlu.. Cukuplah sekadar anda yg membaca ini tahu..

Namun pasti saja ada rasa yg tidak saya nyatakan di sini. Tidak mengapa, saya masih boleh mengawalnya. Malam ini penentu segala usaha kami AJK PENITI V untuk tahun ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan tidak ada emosi yg menganggu kestabilan saya malam ni. Selamat berpidato kpd finalis! Semoga apa yg dikata tidak sekadar di mulut yg memanis bicara...

No comments: