Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Saturday, October 31, 2009

KaiL itU



Pernah tak dengar orang kata,
atau saya sendiri yang kata :

kalau pancing panjang sejengkal,
jgn le lautan dlm hendak diredah.

atau
ukur baju badan sendiri
atau
cermin diri sendiri
tapi bukan masuk bakul angkat sendiri.

Itulah,
orang-orang sudah berpesan tapi saya ini degil orangnya.

Perasan hebat
atau konon2 nye nak mencuba sesuatu yang baru.
Alah, jiwa akhir remaja yg memberontak lah tu.


Sekarang ni, siapa yang seksa jiwa minda?
siapa yang bersengkang mata menggodek-godek mencari yang dicari?

siapa yang rasa seolah-olah pecah kepala?
Apa boleh saya buat?

Sudah menjadi pilihan,
Buluh itu sudah saya potong (potong..potong..tukar kpd w1max)

Pasu itu sudah pecah,

Kertas itu sudah dikoyak,

Andai cantum pun,
Tidak menjadi yang sama.

Jadi,

Yang sudah pecah,

Yang sudah terkoyak,

Guna sahaja lah..

Redha dengan ketentuan,
Dicampuri dengan keikhlasan,

Bersalutkan kekuatan dan semangat,

dan digoreng dengan kesungguhan,
Pasti Boleh :)



Sunday, October 18, 2009

Tunggu ya~

Rasanya, ada benda yang nak ditulis. Ada kata untuk dibicarakan di sini.
Ah, mana perginya ilham yang mengalir di minda ini. Seperti sudah tidak ada aliran itu. Mungkin kerana diri ini banyak perkara yang lebih penting yang membabitkan masa depan untuk difikirkan.

Pokoknya, ada cerita tentang ketuk-ketuk pintu dan selekoh mainan.
Tapi, tak mampu untuk dipenakan pada ketika ini.
Maka, tunggu sahajalah di lain ketika... :P


Thursday, October 15, 2009

diAm jE La~

pasrah..
biarkan..
dah tak tahu..
sudah buntu..
teruskan saja..

Thursday, October 8, 2009

aDA LaGu di mINda

ha..ni lagu yang sedang bermain-main di minda bercampur-baur dengan pemikiran tentang final year project~~

Menatap Matamu – Aril AF7

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi

Bersamanya kala suatu nanti


Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu


Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia

Kuingin dirimu turut merasa

Rasa rindu untuk menatap matamu

Menatap matamu


Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap

Jika kau sudi menemaniku

Takkanku lepas walau sedetik pun