Bila saya buat ujian personaliti atau personality test, ternyata, memang saya sesuai untuk menjadi seorang penulis. Mungkin kerana perasaan saya yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Ye, memang diakui, saya seorang yang mudah terasa dan merasa. Selalu sahaja terganggu dan diganggu emosi&perasaan.
Oh diri, maafkan tuanmu,
Dia tak mampu menahan rasa,
Yang sentiasa dicucuk dan mencucuk..
Wahai diri ini,
Sudah berulangkali diingati,
Usah terlalu bersandarkan kenangan,
Kelak kan rosak, jangan..
Dan pisang berbuah lagi,
Bukankah sudah berusaha mematikan?
Mungkin baja tertabur tidak sengaja,
Ketika tuanmu alpa dan leka..
Aduh,
Mengapa perlu dibazir air mata,
Kepada dia yang tidak memerlu..
Mengapa perlu diberat akal,
Kepada dia yang sebenarnya cekal.
Mengapa perlu diingat-ingatkan,
Kepada dia yang melupakan.
Dan,
Aduh,
Mengapa perlu dibenci kurniaan Tuhan?
Yang menjadikan tuanmu penuh perasaan.
Yang menjadikan tuanmu bersandar pada kenangan.
Bukankah,
Setiap kurnia,
Yang molek atau yang cela,
Punya hikmah dan rahsia?
Sapulah air yang menitis dari mata,
Biar hilang segala duka,
Ingatlah, takkan diuji tuanmu,
andai tiada dayanya.
No comments:
Post a Comment