Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Saturday, October 9, 2010

Sabar&InsyaAllah

Ini satu lagu yang saya nanti-nantikan untuk dinyanyikan kepada yang berhak. Bersabarlah, suatu hari nanti. InsyaAllah ^__^

...For the rest of my life
I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I...I`ll be there for you
...

...cinta tu macam madu kalau nak kena dapatkan beehives kena urung kena sengat sampai lebam bengkak kesakitan, baru boleh dapat... - Cinta Itu Macam Madu

Nak dapatkan cinta itu payah. Kalau mahu cinta manusia, kenalah meminta izin dan mendapat cinta daripada Penciptanya dulu. Ada yang kata, hidup akan lagi jadi mudah dengan cinta.

Wallahu'alam...

Thursday, October 7, 2010

Status Permohonan

MySpace
Status permohonan untuk saya merealisasikan impian itu, bakal diumumkan tidak lama lagi. Diri ini menanti dengan degupan jantung yang mendebarkan. Persoalan kenapa tidak dari dulu, bukan lagi menjadi semak-samun di kepala. Kerana persoalan itu, sudah punya jawapan.

MySpace
Tidak putus-putus berharap. Kepala dan minda berfikir ke hadapan dan tak mahu menoleh kebelakang tanpa sebab musabab yang penting. Cukuplah zaman kejatuhan dan kegelapan melanda diri. Sekarang ini, pandang sahaja ke depan. Rancang dan ikut perancangan dengan izin dari Allah.

MySpace
Andai nanti, statusnya men-sukacita-kan, teruskanlah langkah. Maju ke hadapan. Menggapai impian selagi punya kesempatan terhadap perkara 5 perkara, sebelum sampainya kesempitan 5 perkara.

MySpace
Andai nanti, statusnya mendukacitakan, teruskanlah jua langkah. Maju ke hadapan sebagaimana telah dirancang. Usah sekali goyah dengan situasi dan membuahkan pisang sekali lagi. Dan lakukanlah seikhlas dan se-semangat yang termampu dan menggunakan kesempatan terhadap 5 perkara, sebelum datangnya kesempitan 5 perkara.

Apapun nanti keputusannya, terima dengan penuh keredhaan, berbekal rasa syukur dengan nikmat yang diperoleh. Berfikirlah sentiasa terhadap perkara yang tersurat dan tersirat. Wallahu'alam...


Tuesday, October 5, 2010

Betik Oh Betik..

Betik itu betik muda,
Isinya kelat-kelat, ada manis sedikit.
Mereka kata,
biarpun betik muda bergetah,
sedap dibuat kerabu betik.
Itulah,
kerabu betik perlu dicampur dengan bahan-bahan lain,
untuk menjadikannya sedap.
Perlu ditambah bawang, limau, cili api..
Betik muda itu tak enak dimakan begitu sahaja.

Betik itu betik tua,
Dibiarkan masak tanpa berusik hingga ke tua,

Lihat,
Apa jadi padanya?
Isinya busuk, manisnya tiada.
Kasihan,
Betik tua tidak enak dimakan.

Betik itu betik masak,
Baru sahaja ranumnya si buah betik,
Getahnya tiadalah sangat,
Manisnya bukan main,
Tak perlu ditambah bahan lain,
Enak dimakan begitu sahaja.

Betik atau nama saintifiknya
Carica papaya.
Manusia atau nama saintifiknya
Homo sapiens.
Ciptaan Tuhan, Allah Yang Satu.
Terkandung pada setiap ciptaanNya itu,
perkara yang tersurat dan tersirat.


[istilah betik ini dipinjam dari novel Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani]

Friday, October 1, 2010

Istighfar&Sabar&Rajin


Sedang kita menuju cita-cita,
Pasti ada ablasa mengugat jiwa,

Istighfarlah,

kerana musuh itu tiada tenteram..


Maka,

Sabar dengan gelodak itu,

Dan rajin serta bersemangatlah.


Perlu ingat,

Nasib seseorang itu terletak di tangannya sendiri,

Andai diberi izin Tuhan,

InsyaAllah,

Pasti tercapai cita dan impian.


Takkan sampai ke atas andai tidak dinaiki tangga..
Takkan sampai ke puncak andai tidak didaki gunung..


You'd made your life,
You're making your life,

You'll make your life..