Ada banyak urusan..
Ada perkara2 yang sedang diperjuangkan ketika ini..
Antara jalan yang seolah-olah ditentukan
dan hanya mengikut arusnya
atau jalan yang diimpikan
dan diri sendiri perlu memandu ke destinasi.
Dengan kegusaran dan kesenangan membuat keputusan,
Dengan rasa diri sendirian yang menghantui,
Saya perlu kuat,
Kerana ini memang caranya Tuhan Yang Satu
mengajar tentang kehidupan,
Menunjukkan acaraNya
dengan membuat saya berfikir,
"..Afa la ta'qilun.."
"..Tidakkah kamu berfikir? .. "
Dengan itu,
blog ini terpaksa dibiarkan bersarang dahulu.
Menjadi korban, mangsa keadaan.
Pintaku,
Doa dari kalian,
Agar sentiasa dikuatkan semangat dan jati diri
serta keimanan yang tinggi,
Dalam menuju impian dan cita,
Selagi mana berada dalam redha-Nya
Saya, Amalina Asyikin
Impian kami yg mengasyikkan,
pinta mengundur diri.
Semoga bertemu lagi.
1 comment:
Salam.. setiap pertemuan ada perpisahan.. Biar blog ini bersarang dan jgn hati bersarang.. Susah ubatnya.... Salam perjuangan.. MOga tabah dan kuat ^_^
Post a Comment