Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Tuesday, December 8, 2009

tAk pERnAh kiTa tAHu

Hari-hari terakhir sebelum meninggalkan bumi manusia bermata sepet ini, dilalui dengan kesabaran. Telah ditoleh ke belakang, yakni kira-kira seminggu yang lepas. Wah, terasa sekejap sahaja rupanya 10 hari itu. Namun, ketika ditunggu hari mendatang, lamalah pula yang dirasa. Ujian kesabaran yang datang, saya tempuhi seadanya dan semampu diri ini.

Benarlah, ada yang berkata, saat kita melangkah keluar dari sesuatu ujian itu, kita merasakan diri kita telah menjadi orang baru dan lebih bersemangat untuk menempuhi hidup seterusnya. Samalah juga, selepas kita keluar dari dewan peperiksaan untuk sesuatu matapelajaran yang telah kita usahakan dan ulangkaji sehabis daya sebelum peperiksaan. Walau apa jua keputusannya, yang penting self-satisfaction itu ada. Haha, macam exam tempoh hari. Memang sehabis mampu saya melaksanakannya, namun apakan daya keputusannya tidaklah seberapa. Saya tak mengalah dan menyalahkan ketentuan ini kerana saya yakin, pasti ada silapnya di mana-mana. Perlu banyak usaha dan muhasabah diri lagi selepas ini.


Hehe. Nampaknya saya mula tepengaruh dengan novel Kang Abik, Ketika Cinta Bertasbih(KCB). Ya, seperti saya berjanji pada diri, novel KCB telah saya khatamkan..[Hahah, bukan ke lebih baik saya khatam Quran dari khatam novel..hihi] .. Tapi novel KCB ini ada 2 episod. Yang telah habis dibaca adalah KCB episod 1. Nanti, insyaAllah pulang ke Malaysia, KCB episod 2 menanti. Hmm, rasa-rasanya, penulisan saya ini pun ada perubahan. Mudah terpengaruh dengan siapa-siapa sahaja penulis bagi novel yang baru dibaca. Macam lalang yang meliuk lintung ditiup angin dari pelbagai arah. Prestasi hidup ni pun, rasa seperti yoyo yang pernah menjadi permainan popular suatu ketika dulu.

Di akhir-akhir novel ini, saya tertarik dengan satu babak antara heroin dengan seorang temannya. Heroin, Anna Althafunnisa dan watak Cut Mala sedang mengulangkaji dan Cut Mala bertanyakan tentang itsar tersebut, yang saya sendiri pun tidak pernah dengar sebelum ini. Hehe. Saja berkongsi ilmu dari KCB ini. Kalau yang dah tahu tu, komen2 la kalau salah. hihi

"..mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah, atau mengutamakan orang lain dalam beribadah , itu hukumnya makruh..."
-oleh heroin:Anna Althafunnisa, menerangkan kepada Cut Mala

"...Misalnya ada seorang gadis muslimah dilamar oleh seorang pemuda yg sgt baik.Baik agamanya, akhlaknya, prestasinya, juga wajahnya. Lalu mengalah mengutamakan saudarinya yang menurutnya lebih baik darinya dan lebih layak bernikah dengan pemuda muslim tadi. Apa itu termasuk makruh kak?"

-ditanya oleh watak Cut Mala
-
{petikan novel KCB episod 1,m/s 318}

Dalam hal ini, Anna juga menjelaskan bahawa nikah itu juga satu ibadah dan perlu berlumba-lumba dalam melaksanakan sesuatu ibadah. Jadi maknanya memberi peluang kepada saudarinya itu sendiri, hukumnya makruh. Hmm, betul juga tu. Maaflah, saya tak berapa pandai ilmu-ilmu tambahan agama ni. Yang basic pun saya tak mampu khatam lagi, apatah lagi yang lain2 itu. Itulah gunanya membaca novel-novel bermanfaat ni. Tapi novel ini, masih tak dapat mengalah Faisal Tehrani, dari segi bahasa dan pengolahan cerita.

Maknanya, perlulah cepat-cepat kahwin. Andai ada yang baik dan cukup syaratnya, terima sahajalah. Hahaha, ada lagi ke muda-mudi masa kini yang masih bercinta selepas kahwin? Yang teruna datang meminang si dara walaupun tak pernah bercinta seperti dalam novel KCB ini?. Saya sendiri tak mampu menjelaskannya. Pengalaman bercinta yang sebelum kahwin ni pun tak pernah dirasa-rasa. Tak tau la selepas kahwin nanti. Hahaha, sudahlah. Jangan diberangan tinggi2 sangat, kang jatuh, pecah berderai, bukan senang nak cantum balek. HhahAHa.
Eh, haaa.. Ada-ada. Ada laa..Baru saya ingat tentang sepupu saya yang masuk persatuan yang pernah diharamkan kerajaan suatu ketika dulu. Anaknya telah dijodohkan dengan teman-teman sepersatuan itu juga. Ya, masih ada, segelintir, mungkin.

Wallahua'alam.
Dia tahu yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaanNya.
Tak pernah la kita tahu.
kERjA TuHan siAPa yG tAHu


No comments: