Sambil menghadap rancangan tv di raya ke-4 ni, perlulah rasenye saya ceritekan ape yang telah berlaku. Secare kebetulan atau itu sudah suratannya, saya tak pasti.
Tentang entry yang lepas.. Siapa nak kawin??~ Angkat tangan!~
Semakin lah pulak perkara ini menerjah saya di hari raya ke-4 ini..humm~ .. Saya mengaku, kelemahan saya, senang sahaja melayang berangan dan fikir dengan jauh satu2 perkara. Ada teman yang mengangkat tangan kerana katanya mahu berkahwin dan secara langsungnya fikiran saya terbang dengan melayang berangan berfikir2. Jangan disalah anggap apa, cuma diri tak mampu mengawal minda dari terus berfikir berangan. Ha ha ha.

Di ketika angan2 itu, sebenarnya saya sedang menyiram bunga-bunga di laman tatkala waktu hampir senja. Hah, tiba2 datang sekumpulan manusia mahu beraya. Alah, bukan siapa2 keluarga terdekat juga. Tapi, yang datang itu, telah buatkan diri ini malu tiba2.. Ha ha ha ha ha .. Kenapa?? Sebenarnya ada yang datang itu pernah bergurau senda mahu berkahwin dengan saya. Ha ha ha. Saya ini pemalu orangnya bila tiba bab2 begini. Tak mampu dibendung rasa malu. Ceh, rasa kelakar mengenang diri tergedik-gedik berangan. Nasiblah muka ini tak berapa nk putih. Kalau tidak, bak udang dibakar lah saya.
Sebenarnya, saya mulai sedar. Ketika ini saya tak berapa nak fikirkan perkara2 ini, namun pada masa inilah peluang datang mencurah2. Saya tidak membuka pun pintu hati ini kerana saya takut risikonya tapi pada masa yang sama tetap mahu. Bila dibuka, tiada siapa datang menjengah. Maka saya biarkan saja ia tertutup.
Andai ada yang datang, ketuklah. Ketuk sampai saya di dalam ini mendengar.
Andai ada yang datang, ketuklah. Ketuk sampai saya di dalam ini mendengar.
No comments:
Post a Comment