Bukanlah dikatakan gila andai berkata-kata di bulan yg mulia ini kerana manusia punya mulut utk digunakan, sehinggalah satu ketika nanti kita tidak boleh mengawalnya kerana mulut itu sendiri yang akan bergerak dan berkata tentang apa yang telah kita gunakan terhadap mulut itu. Benar, menulis blog ini bukan bercakap kuat-kuat lalu tangan menekan-nekan papan kekunci. Hanya suara dari hati kedengaran lantas tangan membantu menulis kata.
Saya mengembalikan diri ke zaman muda remaja dahulu. Ketika itu, saya tak punya komputer sendiri apatah lagi menulis blog. Hahaha..Agak kelakar jika mengenang cerita lama. Dek kerana hati remaja dahulu sering sahaja berkata-kata penuh lancar, tangan mengambil pena lalu mencatit segalanya. Bukanlah apa, saya tadi baru sahaja terpergi ke blog seorang muda remaja, baru 14 tahun dan punya blog sendiri. Andai dari remaja dahulu saya punya blog, sudah tentu segalanya ceritera remaja dahulu tidak lagi menjadi rahsia hidup. Kenangan dan pengalaman. Saya belajar dari pengalaman dan saya tidak berapa gemar belajar melalui pembacaan teori2 orang2 terkenal kerana itu bukan saya. Huhuhu..
Remaja perempuan tersebut menceritakan tentang perasaan sukanya terhadap seorang makhluk adam yang juga muda remaja sepertinya. Comel pulak rasanya situasi tersebut. Remaja hawa itu agak beruntung kerana remaja adam itu seolah-olah juga mempunyai perasaan suka itu..Sungguh lah berlainan dengan cerita suka2 saya ketika remaja dahulu. Malah, sampai ke dewasa ini terbawa-bawa. Ketika remaja dahulu, saya sering saja suka2 pada remaja adam yang mesti tua lebih setahun dari saya. Yang sebaya, saya tak pandang pon. Hahaha..Geli pulak minda ingin bercerita. Tapi sayang, saya tak pernah menyatakan rasa suka2 itu kepada mereka. Maka, setiap kali seorang remaja adam datang ke dalam idop remaja saya ketika itu, setiap kali itulah dia akan pergi dan berganti yang baru. Patah tumbuh hilang berganti. Sungguh ajaib rasanya saat itu. Pernah juga cuba untuk setia, konon2nya tapi ternyata pabila saban tahun menanti berita yang tak kunjung tiba, terasa bagai sia2. Hinggalah dewasa ini, saya sudah lali lalu mengetepikan sahaja rasa suka2 itu. Biar ia datang sendiri bila sampai waktunya.
Ketika muda remaja dahulu, diri ini bukan seorang remaja hawa yang menarik atau istilah muda remaja sekarang 'hot'. Hhahaha. Tidaklah famous seperti cerita barat High School Musical itu. Saya terlalu rendah diri dek kerana hidung saya yang dikurnia tidak mancung seperti anak mamak walaupun saya punya ketinggian yang menarik(sudah dewasa baru perasan). Sehinggakan ketika mengambil gambar, saya pasti tutup hidung. Hahaha. Baru saya sedar, andai saya punya idung yang macung, sudah pasti saya akan pergi ke lembah-lembah hiburan bermegah-megah dengan kecantikan diri lalu alpa dengan kewujudan Tuhan. Kerana Tuhan sayang saya, maka Dia beri sedikit kekurangan yang sebenarnya tidaklah kurang mana, supaya saya ingat padaNya.
Itulah semakin dewasa, semakin ligat akal berfikir semakin saya dekat padaNya. Ya, saya sering sahaja cemburu dengan mereka yang sudah terisi hatinya dengan insan pilihan hati. Tapi saya tetap yakin dengan pemberian dariNya kepada saya suatu hari nanti, pasti yang terbaik.
Itulah semakin dewasa, semakin ligat akal berfikir semakin saya dekat padaNya. Ya, saya sering sahaja cemburu dengan mereka yang sudah terisi hatinya dengan insan pilihan hati. Tapi saya tetap yakin dengan pemberian dariNya kepada saya suatu hari nanti, pasti yang terbaik.
2 comments:
ak doakan kau cepat dapat jodoh :p
smoga anda berdua ketemu pilihan hati yg dtg dariNya & menerima insan tersebut seadanya...
tp habiskan STUDY dulu yea...
Post a Comment