Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Sunday, July 26, 2009

Suara Gila

Fuh~~..
Sakit2..semuanya sakit.. sakit bahu, sakit kaki, sakit semua anggota badan.. Hati pon sakit.. Asyik mengeluh~ Salahkah mengeluh??Mengeluh untuk diri sendiri supaya dapat berfikir dan terus berfikir selagi mampu akal berjalan.. Ish, memang saya cuba hindari diri ini supaya tidak terus berfikiran begitu.. Saya semakin sakit, hari demi hari kerana sering sahaja berfikir tentang itu. Hahaha, mahu gila dibuatnya. Sampai mereka pun saya tak pandang. Kerana hati saya ini sakit. Jiwa saya meronta2 mahu menjarit sekuat hati supaya mereka semua tahu saya ini sudah gila!!..


Ada satu suara yang berkata
"Hahaha.. Hidup yang penuh drama dan kamu menjadi pelakon, ya, anda semua pelakon. Directornya sudah ditentukan, jalan ceritanya ada. Hah, jiwa kacau. Dugaan datang dan pergi. Ada yang tinggalkan kesan mendalam, ada yang pergi begitu sahaja. Mujur kamu tak pernah mengalah. Terima kasih pada Tuhan kerana kekuatan yang diberi dan jalan yang disuluh untuk kamu lalui. Walau kadang, ada saja yang cuba menyekat suluhan itu. Kepercayaan perlu kamu kuatkan. Bukan kamu mengalah untuk terus melangkah cuma terasa goyah. Segala penceritaan tentang jalan-jalan yang dilalui, sudah ditentukan. Kadang-kadang terasa sunyi, itu sudah pasti. Tuhan sengaja menduga hati. Atau ada saja syaitan menganggu iman kamu."

Suara berkata penuh yakin "Kalau sudah tahu segalanya, apa gunanya cerita dan penulisan drama?? Apa kejutannya yang bakal mendebarkan jiwa?? Apa nikmatnya hidup di dunia?? Namun jangan sekali alpa walau di mana jua. Mereka yang lalai kan kecundang, hidup melata. Apa yang pasti, teruskan sahaja. Pandang sahaja penonton di hadapan yang sedang menonton tapi jangan sampai lupa skrip. Hayati sahaja watak dan jalan ceritanya agar mudah untuk disampaikan. Pandang sahaja hidup untuk hari esok dan lusa. Tinggalkan sahaja sejarah lama yang pahit untuk dihimpun dalam pentas ini. Boleh sahaja diselak kembali lembaran lama untuk dibuat panduan hari esok dan lusa itu. Namun, janganlah terlalu kerap menyelak lembaran-lembaran itu. Nanti terbawa-bawa ke dalam pementasan seterusnya."

Ruang yang ada, gunakan sepenuhnya. Kudrat yang ada, jangan disia-sia.

No comments: