Kelegaan yg maksimum apabila segala kesusahan kita selama ini menampakkan hasilnya. Sampaikan terjadinya perkara yg memalukan diri sendiri. Namun, sebagai manusia, idop ini takkan habis selagi Tuhan Yg Kuasa mengambil balik apa yang dipinjamkannya kepada kita.
Tekontang-kantingnya aku kerana tidak mampu merencana kehidupan di kampus, itu khilafnya aku sendiri. Kala hendak ditujukan jari kepada orang laen, pastikan smua jari tertuju.
Apabila kita berada dalam kesusahan dan tiada siapa yang membantu, jgn kita putus asa. Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada yg tidak membantu itu, kerana kita perlu tahu pengalaman sendiri yg kita dpt dari kesusahan itu, mengajar kita apa ertinya hidup. Berbanding dgn manusia yg tidak membantu itu, walhal kerja itu rencananya adalah secara bersama. Namun, apa perlu aku peduli? Hidup ini anda yg tentukan.
Yang dapat aku pelajari, jgn kita menjadi perasan atau dlm kata lain, menjadi terlalu banyak rasa pada diri. Andai kita keliru atau ada persoalan yg menganggu, adalah baek kita berusaha untuk mendapatkan jawapannya. Dan hari ini, aku rase lebih lega kerana aku sudah punya kepastian tentang itu.
Dan senyumnya itu, yg boleh buat aku yg sedih ini gembira, maka berterima kasihlah kita kepada Siapa yg Menjadikannya dan Merencanakannya kepada kita. Mana pernah paras pandangan mata kami sama. Semoga pandangan itu bukanlah dari dorongan makhluk durjana. Andai ia pon, smoga aku terus berpegang kepada jln yg lurus dan aku kini, Kembali teringat semasa permulaan hidup di UPM dulu~.
No comments:
Post a Comment