Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Saturday, January 10, 2009

rACun yG diMInUM

Hendak dikatakan racun,bukanlah racun. Kerana pabila terkena sangatlah terasa tetapi tidaklah sampai mati diracuni. Hendak dikatakan pahit, tidaklah pula dimakan kerana yg dirasa itu sedikit demi sedikit mengalir masuk ke seluruh anggota tubuh dan berakhir di jantung hatinya. Itulah yang menyebabkan Kenanga menangis hari itu.
Dalam hidup dalam zaman moden yang manusia sentiasa bergerak laju macam roket yang dicipta manusia barat untuk menindas yang lemah. Dan yang lemah ialah mereka yang tertinggal jauh kebelakang dengan dunia IT. Yang tiada terdaya hanya menurut mereka yang terdaya dan berkuasa.
Dalam tangisnya sendirian, banyak yang difikirkan. Kenapa tiada siapa yang nampak beban yang ditanggungnya?. Tidak ada siapakah yang sudi mendengar keluhan bebanannya itu?. Dia sentiasa disuruh-suruh orang membuat itu ini. Andai silap sedikit, yang meminta itu mahukan pembetulan dengan segera. Tugasnya tidaklah berat mengangkat batu membina piramid atau menyangkul di tanah orang mencari sesuap nasi. Dia hanya perlu menggunakan teknologi tersedia ada bagi memudahkan tugasnya. Namun permintaan yang diminta-minta oleh peminta-peminta itu akhirnya menyakitkan jantung hatinya kerana dia sentiasa disuruh-suruh. Sayur yang pahit itu terpaksa ditelannya walau tidak disukai.
Sungguhlah banyak hingga Kenanga tidak mampu menahannya lagi lantas dia menangis menjujurkan air matanya seperti hujan lebat yang tiba-tiba. Dia pun tidak pasti mengapa dia mesti menangis tatkala beban rasa yang ditanggungnya itu mencapai tahap maksima. Andai dia tiada bersama mereka yang menyuruh tatkala tiada apa yang mahu disuruh, dirinya seperti tidak wujud. Tiada siapa peduli, hanya melukut di tepi gantung. Tiada kepentingan diri di tempat penyuruh2 itu.
Dalam tangisnya sendiri " Sesungguhnya aku manusia yang sangat sensitif. Tidak boleh tersentuh dengan sentuhan yang biasa apatah lagi yang kasar. Pasti saja ada calarnya. Pasti saja ada kesannya yang besar atau kecil. Ya Tuhan, kenapalah aku dikurniakan dengan hati yang lembut. Berikanlah aku sedikit kekerasan di hati. Tak mampu aku menanggung rasa yang menyakitkan itu. Aku sungguh beruntung bertuhankan Mu Ya Allah. Kerana aku sungguh yakin dengan hikmah yang tersurat dan tersirat. Cuma aku perlu berfikir dan terus berfikir supaya rasa kasih dan rinduku terhadap Mu tidak berubah walaupun nanti kau kurniakan aku dengan seorang adam sebagai peneman hidup.

I need a shoulder to cry

Though I should never try

To find it when I was in grey

Cause I’ll never get it

Even during the day

Or in the crowd of people

Just believe I might be lived

To someone that had been fated for me

Just the time is not sure

Where I’m not daring

To complaint much bout it

Let God writes my life

Which is unwritten by me



No comments: