Tak perlu aku menyalahkan lecturer atau demo-demo yg telah menjalankan tugas mereka semampunya. Ye, aku mengaku, aku tak fokus kat kelas. Balek from kelas aku melepak dgn internet dan ym sampai tak ingat dunia. Waktu tidur yang tak tetap sehingga aku mengantuk tersengguk dalam kelas. Merepek dan merapu dengan mereka yang hanyut. Itulah, dunia sementara. Dan begitu jugalah manusia. Dah terhantuk baru nak terngadah. Dah gigit cili tu baru tau rase pedasnya.
Namun, aku masih ingat kata-kata Pak Sheikh kat Kem Patriotisme kat PD hari tu. Sebagai manusia, Allah menguji kita dengan 2 jenis ujian.
1. Musibah
1.1 Tabah --> BERJAYA1.2 Putus Asa --> GAGAL
2. Nikmat
2.1 Bersyukur --> BERJAYA
2.2 Takbur --> GAGAL
Sedarlah aku kini, bahawa kau dalam golongan orang-orang yang gagal ataupun dalam Quran ada tercatit, KHASIRUN = orang-orang yang rugi. Dan aku takkan menjadi KHASIRUN selama-lamanya. Selagi ada masa, aku mesti digolongkan dalam FALIHUN =ORANG-ORANG YANG BERJAYA. Dengan kudrat yang diberi, INSYAALLAH. Jauhi perkara yang melalaikan kerana ia merugikan. Tak boleh asyik toleh ke belakang seperti yang telah aku lakukan di tingakatan 4 hinggalah ke Matrikulasi. Jalan di depan masih terbentang luas.
Mungkin inilah hikmah tahun baru Maal Hijrah 1430 yang telah disambut oleh kita umat Islam. Siapa lagi yang mahu memartabatkan agama Islam ini kalau tidak Muslimin dan Muslimat, khalifah di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment