Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, September 21, 2011

Gelodak Kepala


Satu perjalanan yang panjang, perlu dilalui oleh makhluk yang bergelar insan. Ruang-ruang waktu yang membataskan setiap perbuatan. Dan berbezanya setiap insan itu adalah kerana imannya. Tapi itu hanya Tuhan yang pandang. Insan-insan itu memandang setiap mereka melalui kaca mata dan dunia semata. Ya, saya juga begitu.

Manusia itu tercipta lemah namun untuk menjadi kuat bergantung kepada individu dan izin dariNya. Saya bukan seorang ilmuan agama untuk menceritakan tentang kejadian manusia dan suratannya. Cukuplah untuk mengetahui bahawa manusia itu asalnya tanah yang kita pijak-pijak sekarang ini.

Manusia itu sama saja sifatnya. Pelupa. Manusia itu, keji sikapnya. Aduh, bergelodak kepala. Berputar-putar mata melihat perangai dan sikap. Ye lah, manusia itu berbeza-beza sifatnya. Andai sama saja, tak best pula.

Diri ini, hanya kecil di mata dunia. Tidak terperasan dek manusia lain. Wujud pun, macam tak wujud. Mati pun, macam tak mati. Macam butiran habuk yang ditiup angin lalu.

Tuesday, September 20, 2011

Gelodak Rasa

Ada masa terluang hari ini. Lapang sebelum sempit, tak sibuk sebelum sibuk. Ungkapan hati yang tak terungkap. Melonjak-lonjak nafas dan tersekat-sekat di kerongkong, semua kerana kisah-kisah lama yang mencuit. Pedulilah kata orang ; " asal baca je kat blog budak ni, sume cite yg feel2" .


Ah, peduli kata mereka. Mereka orang yang ego tinggi, ya, mungkin. Mereka tak mahu bercerita bagi menghilang rasa mencucuk-cucuk di benak qolbu dan fikiran. Mungkin mereka punya cara mereka sendiri untuk tidak kisah itu semua.

Mungkin mereka kata hati mereka keras. Ye lah, bagai disalut cangkerang keras [ konon-kononnya] . Tak lah, sebenarnya qolbu mereka lagi lembut dari orang yang selalu menitiskan air mata. Ye, saya mengaku saya nampak kasar tapi selalu menitiskan air mata bila qolbu terusik walaupun dah berusaha untuk tidak merasa.


[sambung tentang kisah lama] . Ruang fasa hidup dulu, lagi terasa keremajaannya berbanding sekarang walaupun fasa hidup sekarang ini dikelilingi oleh remaja muda-mudi, tapi umur semakin meningkat. Mungkin itulah yang menjadi penghalang untuk diri ini melakukan aktiviti seperti muda remaja dulu. Tersekat-sekat nafas di kerongkong, menahan gelodak jiwa.

orgkecil : memang ske mengarut,,

Saturday, September 17, 2011

Jalan-jalan di padang ragut


Satu ruang masa yang panjang, tempat ini telah saya kosongkan. Oleh kerana semester baru sudah bermula, maka bermulalah penceritaan, penderitaan dan kisah duka-ceria. Hati yang tersentuh mula berkata-kata dalam diam mulutnya.

Kerana terlalu peduli rasa hati orang lain, diri sendiri terluka. Kebal hati kerana ia memang tidak pernah berhenti tersakit luka berdarah. Ataupun, sisa-sisa luka yang masih belum kering itu berdarah kembali. Ya, niat asal mahu membantu sekadar termampu. Rupanya daya yang tiada terhingga.

Lalu terimbaulah kata-kata seorang teman : " Hati-hati membantu rakanmu itu, kerana nanti kamu yang sakit" .. Dan juga ungkapan tentang mengutip bunga tercantik di satu padang ragut ; petiklah sahaja bunga yang ada kamu jumpa, kerana kamu tak tahu bila lagi kamu akan berjumpa dengan bunga yang cantik lagi di depan sana".

Ya Tuhan, bantu diri ini untuk ikhlas dalam setiap perbuatan. Ya, ikhlas tak dapat diungkap. Sayang dan kasihnya diri ini juga tak terungkap dek mulut, hanya terpancar dengan perbuatan. Wahai hati di qolbu, maafkan tuanmu yang tak mampu menjaga dirimu sebaiknya. Selalu saja disakiti.

Ternyata diri ini tak mampu bergerak sendirian di padang ragut ini. Ya lah, mungkin kerana terlalu obses mencari bunga tercantik di padang ragut yang nyata amat kurang jumlah bunga yang tumbuh berputik harum mekar. Sedangkan ada saja bunga-bunga yang biasa. Bodoh sombong, tak mahu bertanya bolehkah dipetik bunganya.

Ruang padang ragut ini, perlu terus dilalui. Tidak kira langkah yang terhasil itu lemah-longlai, berdengkot-dengkot atau laju berlari, menari-nari. Berjumpa atau dipetik bunganya atau tidak dipetik, sama saja. Langkah diteruskan dalam darah luka-luka sambil terus mengharap kan terjumpa lagi bunga harapan itu.



Saturday, August 20, 2011

Boleh Ke Naik Kapal Dalam Laci?

Oh, baru perasan yang post sebelum ni, tarikhnya bukan tarikh umat Islam berpuasa tapi tarikh entri yang sebelumnya [ drafts ] . Sudahlah, mana ada orang perasan.

Kembali teringat waktu awal-awal pembikinan blog ni. Konon-kononya tak mahu cerita sedih tertulis dalam blog ni. Ceh, mengarut je. Tu lah kan, manusia. Lain cakap, lain yang dibuat. Ala-ala tin kosong, yang ada cuma batu seketul je di dalamnya dan berbunyi bising apabila digoncangkan.

Mula mengenal dunia maya dengan mantapnya pada tahun 2007. Ye lah, itu sudah semestinya. Takkan budak sains komputer tak tahu guna komputer dan internet, buat malu je la kan~. Masa tu, muda remaja lagi. Jadi, perasaan dan perangainya macam-macam. Emosi pun tak berapa stabil. Tengok orang lain ada blog, diri sendiri pun sibuk jugak nak berblog [ aish,, teringat cool blog laa,,sedapnye~].

Tahun tu juga, saya belajar membangkitkan diri dari kejatuhan yang agak parah pada 2005-2006. Ye lah, dapat result yang teruk masa SPM2005 hingga terbawa-bawa ke matrik 2006. Teruk, teruk, teruk. Horror, horror, horror.

Ye, orang kata yang berlaku itu, buruk atau baik, ada hikmahnya. Ye lah, kalau tak jatuh, macam mana nak tahu cara nak bangun kan? Kira eloklah saya jatuh dulu tu. Tapi kadang-kadang menyesal la jugak sebab jalan yang dipilih itu membawa saya ke kejatuhan itulah. Hmm, kalau tak pilih jalan yang salah tu, mana kita nak tau jalan tu sebenarnya betul atau salah kan?

Kita bukannnya ada Doraemon yang boleh bawa kita naik kapal dalam laci ke zaman depan atau zaman dulu2,, kan?