Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, July 20, 2009

Cerita Sahaja

Tak pernah puas berjalan di jalan ini..Nak pulak berjalan di jalan-jalan lain. Walupun orang kata Tuhan dah tentukan jalan untuk kita. Bukan kita telah diberi akal untuk berfikir. Dan setiap jalan yang kita lalui itu sebenarnya adalah pilihan kita sendiri. Ternyata kita tidak menyedarinya. Tuhan hanya membenar atau mengizinkann sahaja. Lalu, apakah jalan ini benar-benar pilihan aku atau sudah ditentukanNya? Kadang menjadi konpius dek kerana terlalu memikir membeban kepala.
Cerita lain;
Tipu kalau dikata tidak cemburu. Masakan saja aku membiarkan mereka itu. Tidaklah boleh menipu kerana hati merasa. Pernah aku hampir mendapatkannya. Ternyata aku bukan pilihan. Ye la, kau dan aku tidak sama dan cara kita berbeza. Mana mungkin kita boleh sama-sama merasa apa yang kita rasa. Namun, ada juga perkara yang sama. Entah, mungkin kau atau aku tak pernah sedar itu semua kerana aku mengaku yang aku punya ego. Yang ku nanti ada yang boleh merungkai ego itu.
Luarnya keras dan berduri macam durian tapi isinye sedap manis lemak.

Lantas aku biarkan sahaja mereka itu dan tak perlulah aku menoleh kepada mereka kerana rasa cemburu pasti saja meruap dan rasa-rasa menyampah terus menerjah dalam hati akibat desakan2 syaitan. Perlulah aku jauh dari mereka barang seketika hingga rasaku itu hilang.

Cerita lain;
Di mana adanya manusia, disitulah adanya kasih-sayang. Macam semut dan gula. Semakin dah dewasa, semakin tahu apa itu sayang cuma cinta itu, aku tak mengerti. Terlalulah banyak kasih dan sayangku ini dan akhirnya tertumpah kepada anak-anak buah aku yang 4 orang itu. Mana tak nya. Di kala ibu-ibu mereka sibuk atau ada urusan, mereka akan berkampung di rumah atuk dan nenek yang mana aku duduki sekarang ini. Sendiri rasa seperti sudah punya anak sendiri. Bukanlah mudah menjaga mereka. Entah bagaimana di kemudian hari esok, andai aku punya anak sendiri. Penat dan lelah tak terasa bila kita main dengan mereka. Herm, nantikan sahaja di hari esok..

Friday, May 29, 2009

yg tidAk tERungKAp


Ada yg tak lengkap dlm diri ni. Tu la, nak dikatekan tak terkata..Tak tahu apa jadi kepada diri sendri. Seolah-olah terus hanyut dibawa arus dunia. Lebih-lebih lagi bidangnya bidang teknologi yg sentiase je berubah-ubah dgn lajunya. Sape yg lambat, tinggal. Ada satu ketidakpuasan dalam jantung ni terhadap bidang yg diceburi kini. Entah apa. Cuma minta ditunjukkan jalan~

Monday, May 18, 2009

berJALan-jALan di hARi jADI

bYk betul yg hendak dikata kerana banyak betul perkara yang berlaku yang banyaknye menganggu minda saya. Ternyata saya masih mampu menampung rasa yang membeban.
Rasa pelbagai yang selalu membuat minda saya berfikir. Umur sudah meningkat dewasa, makin banyak pula saya berfikir. Itukah dewasa? Saya sendiri tidak pasti.
Jalan yang disediakan begitu banyak hingga saya ketandusan rasa untuk memilih yang mana satu. Sehingga saya rasa takut untuk memilih. Tiada yang membantu, itu saya sudah terima keadaan itu seadanya. Melihatkan teman-teman lain yang bersama mereka ada sahaja yang membantu, kadangkala membuat saya merasa rendah diri dan kurangnya keyakinan dalam jiwa. Dan syaitan pula bermain kata di hati sambil merasuk2 apa yang patut.
Saya tahu, ruang ini bukan untuk saya seorang. Ada lagi mereka yang lain yang tak tahu apa cerita mereka, apakah sama seperti saya? lebih baik atau kurang bernasib baik? Ini terus membuatkan saya bersyukur dan redha dgn kurniaan yg diberi kepada saya. Ye lah, syaitan yg merasuk jiwa itu, alhamdulillah, setakat ini boleh saya kawal.
Jiwa kacau meresahkan saya. Kerja yang berlambak di pejabat ini walaupun saya hanya berlatihan industri dan bukan pekerja tetap, menyebabkan saya langsung stress dan tekanan. Maka, apa yg saya dapat lakukan ialah dengan bermain bersama anak2 buah :HAZIM, HASEEB, AFIQ, AMAN ...atau bermain alat muxik yg ada di rumah seperti : KEYBOARD, GITAR, KETUK2..atau melukis WAJAH2 MANUSIA YANG MENARIK PERHATIAN .. itu jiwa saya. Siapa yang boleh menghalang darah seni yang mengalir itu? Bakat yang ada, sangat rugi jika tidak diketengahkan. Namun, itu kata2 mereka yg terlalu hedonisme. Saya seorang perempuan yg auratnya perlu dijaga dan terlalu banyak adat dan pantang yang saya tahu semuanya untuk kebaikan diri sendiri. Walhal, apabila sudah bernikah nanti pun, banyak yang perlu dijaga. Untuk seorang adam yg bakal bergelar suami kepada saya, saya akan cuba terima seadanya adam itu kerana saya tahu, saya ini bukan mudah menerima kelemahan seseorang.. Maaflah, mungkin itu yang saya fikir tapi saya tak tahu apa sudahnya nanti. Maka saya perlu terus berjalan dan terus memilih simpang2 yang ada supaya saya dapat terus berjalan...

Sunday, May 17, 2009

giLa paBiLA umuR meNingKat tUa

Sedang diri meningkat dewasa..masih lagi berfikir keanak-anakan..
Masih lagi tergile-gilekan manusia yg xpenah mengenali diri..
Namun, muzik itu dunia sy..Untuk sy menenangkan minda yg stres, muzik itu perlu. Sampi sy tergile-gilekan akim af7 dan mimpi tentang dia dek kerana suare nye yg serak basah dan juga rambut barunye itu..sy tahu itu sementare tapi sy kagum dgn kebolehannye itu.
Itulah, sy fikir sy ini masih budak kerana acapkali dgn mudahnye menitiskn ayer mate..
Sy harap bile umur sudah meningkat, ayer mate itu payah mengalir~